Tip Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu
‘alaihi wasalam dan
ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke
arah ‘soleh wa musleh’.
.
1.
Senyuman
Abdullah bin Al-Harist
Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum
daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan
dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan
mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling
disukai oleh Baginda Shalallahu
‘alaihi wasalam ialah
pakaian Qamis).” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah
kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat
memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan
kanan Baginda.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari
Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat
Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas
(menghela) dua kali.” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah
kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?
Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang
yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling
cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan
yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak
seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan
Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a.
meriwayatkan: “Tawa
Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Betapa
baiknya Nabi Shalallahu
‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih
kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i
dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur
pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua
tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian
Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu
bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan
tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah,
Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada
Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu
Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas
kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga
kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal
ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang
telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi
wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
sumber :shafiqolbu
.
.
No comments:
Post a Comment