Malaikat dalam Islam, merupakan
hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara
daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak
beribu atau berbapa dan tidak beranak.
Mereka tidak tidur dan
tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang
dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut
menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78).
Malaikat dikatakan mempunyai sayap
dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Muslim wajib beriman kepada malaikat. Nama dan tugas 10 Malaikat.
Muslim wajib beriman kepada malaikat. Nama dan tugas 10 Malaikat.
·
Jibrail ( جبرائيل/جبريل ) Menyampaikan wahyu
Allah.
·
Mikail ( ميكائيل ) Menyampaikan/membawa
rezeki yang ditentukan Allah.
·
Israfil ( إسرافيل ) Meniup
sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
·
Izrail ( عزرائيل ) Mencabut
nyawa.
·
Munkar ( منكر ) Menyoal mayat
di dalam kubur
·
Nakir ( نكير ) Menyoal mayat
di dalam kubur
·
Ridhwan ( رضوان ) Menjaga pintu
syurga dan menyambut ahli syurga.
·
Malik ( مالك ) Menjaga pintu
neraka dan menyambut ahli neraka.
·
Raqib ( رقيب ) Mencatat
segala amalan baik manusia.
·
Atid ( عتيد ) Mencatat
segala perlakuan buruk manusia.
No comments:
Post a Comment