SELASA
08.01.2013
23:00
08.01.2013
23:00
Aku
ingin menjadi KekasihMU
Sehingga kehujung nyawaku
Sehingga kehujung nyawaku
Aku akan
merinduiMU
Seumur usiaku
Seumur usiaku
Aku
akan menyintaiMU
Seluas
langit biru
Aku
akan bersandar padaMU
Ketika
resah menusuk kalbu
Aku tidak akan melupakanMU
Aku tidak akan melupakanMU
Ketika
kegembiraan bertamu
Aku
akan berada dalam dakapanMU
Disaat
sejuk salju membeku
Aku akan berlindung dibawah naunganMU
Aku akan berlindung dibawah naunganMU
Ketika
mentari tegak atas ubunku
Aku akan patuh padaMU
Aku akan patuh padaMU
Dalam setiap
rukukKu
Dan dalam
setiap sujudKu
Aku
akan taat padaMu
Pada
perintahMu
Pada
pesuruhMU
Pada
petunjukMU
Aku tidak
akan jemu merayuMU
Dalam setiap doaku
dan aku akan sabar menunggu
kurnia dan makbur dariMU
Dalam setiap doaku
dan aku akan sabar menunggu
kurnia dan makbur dariMU
KAU
adalah CahayaKu
Dalam kelam malam memburu
KAU adalah SuaraKu
Dalam kelam malam memburu
KAU adalah SuaraKu
Dalam kemerduan
Kalamullah berlagu
KAU
adalah KekuatanKu
Dalam
Perasaan yang keliru
KAU adalah PetunjukKu
KAU adalah PetunjukKu
Dalam Perjalanan
yang penuh berliku
KAU segalanya Bagiku
KAU kekasihKu
KAU segalanya Bagiku
KAU kekasihKu
Dan
aku
Akulah
insan yang pemalu
Kerana renunganMU
Kerana renunganMU
Akulah
insan yang kaku
Tanpa
restuMU
Akulah Intan yang menantiMU
Memanggil namaku
Pulang padaMU
YA ALLAH YA TUHANKU
Akulah Intan yang menantiMU
Memanggil namaku
Pulang padaMU
YA ALLAH YA TUHANKU
25/12/2012
Selasa
Khas Untuk Tatapan
Anakku
Muhammad Shukri Thajaruddin
10/12/2012
Isnin
Semalam seharian menemani bapa
di Wad….
Aku sedar betapa sisa-sisa
hidup ini harus aku jalani dengan membuat perkara-perkara yang terbaik untuk
aku dan keluargaku….
Bulan lepas bapa saudaraku
telah pergi meninggalkan kami semua…
Seorang insan yang baik dan aku
hormati dia
Dia antara orang yang
memperbaiki cara hidupku…
Ya Allah, Kau tempatkan rohnya
dikalangan orang-orang yang beriman dan yang kau sayangi
Aku ingin sekali membahagiakan
semua orang disekelilingku….
Aku telah memaafkan semua orang
dan aku juga mengharapkan semua orang memaafkanku….
Aku sayang semua orang yang
menyayangiku…
YA ALLAH….
Kau berkatilah segala usahaku….
Kau berikan aku ketenangan
jiwa, akal dan fikiran…
Kau permudahkanlah segala
urusanku…
Jangan kau matikan aku dalam
keadaan yang aib….
Aku berserah padamu Ya Allah…
Aku serahkan segala jiwa dan
ragaku….
Sesungguhnya ketika dan saat
ini…
Aku dalam ketakutan yang amat
sangat….
Aku takut pada dosa-dosa silam
yang bagaikan menghambat hati dan perasaan…
Aku terlalu lemah….
Aku lalai… leka… alpa…..
Aku berdosa…. Ya Allah….
Ampunkan aku…..
Bagaimana harus aku jalani hari
siangku?
Bagaimana harus aku lalui
setiap malamku ini….?
Selautan air garam bagai tak
mampu membasuh dosaku….
Selangit air hujan bagaikan tak
memcuci sedikit pun nistaku…
Aku berdosa….
Ampunkan aku…..
Ampunkan aku…. Ya Allah….
10/11/2012
Sabtu
Penat rasanya bekerja....
Isnin hingga Jumaat... 8.30am - 5.00pm
Sabtu pulak 8.30am - 1.00pm
Dalam usia begini, rasanya macam nak dok rumah jer...
Dalam usia begini, rasanya macam nak dok rumah jer...
Banyak boleh kita buat sambil-sambil mengemas rumah...
Anak dah bekerja
Aku rasa seperti ingin menghabiskan masaku dirumah...
Aku teringat pada satu website
https://www.jobdirumah.com
Aku pun dah register... cuma belum ada masa untuk memulakan
https://www.jobdirumah.com
Aku pun dah register... cuma belum ada masa untuk memulakan
Aku rasa ini adalah permulaan yang baik
untuk aku memulakan kerja dari rumah...
Aku akan berusaha untuk mencapai apa yang telah orang lain perolehi
dari sini https://www.jobdirumah.com
14/08/2012
25 Ramadhan 1433
Selasa
Sudah 25 hari berpuasa, beberapa hari lagi Syawal menjelma.
1 Syawal datang lagi....
dan kesekian kalinya Intan akan diulit rasa kehilangan Mak.
1 Syawal 12.01 pagi...
Mak pergi untuk selamanya.
Selama lebih 2 bulan Intan menemani Mak di Hospital Seremban.
Sedetik pun tak pernah Intan lupakan.
Setiap nafas Intan masih merasa kehangatan kasih Mak.
Mak, kedegilan Intan masa lalu membuat Mak terluka....
Kalau lah masa boleh berputar,
Intan nak jadi anak terbaik buat Mak....
Biar Intan ulit setiap inci perasaan Mak.
Takkan Intan lukakan hati Mak.
Takkan Intan guris perasaan Mak....
Terasa banyaknya dosa Intan pada Mak
Pagi tu... Intan tak pernah lupa....
Sentuhan, pelukan dan cium kasih sayang Mak
umpama tak mahu lepaskan Intan dari pelukan Mak.
Bisikan terakhir Mak, masih terngiang-ngiang ditelinga Intan...
Pagi tu... Salam Terakhir berlabuh dalam kedinginan bayu
Renungan Mak membawa seribu makna
yang tak mampu Intan ungkaikan....
Pagi tu... Harum nya nafas Mak seharum kasturi
Hangatnya pelukan Mak sehangat mentari pagi
Dinginnya sendu Mak sedingin salju kutub utara
Sinar mata Mak seredup rimbunan pohon rendang ditepi pantai
Mak...
Intan doakan Mak
dan setiap doa Intan untuk Mak
Al-Fatehah dari Intan sentiasa untuk Mak
Semoga Roh Mak ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati Allah...
Syawal....
Setiap tahun kau datang
Setiap itu hati ini berdebar
Rindu pada Mak tak pernah terkubur
Hingga hayat dikandung badan
dan Intan....
tetap anak Mak
sampai bila-bila.....
dan sehingga saat ini
Intan masih terasa tidur Intan ditemani Mak....
Masih terasa.... Mak.....
12/08/2012
10/08/2012
01/08/2012
Mengharap pada kebaikan....Bersedia pada keburukan....Menerima apa jua keadaan...