Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Saturday, 5 August 2023

2023 (2)

 Sebelum INTAN TIDUR (2)


Malam ini dah tiga minggu berlalu.


Ada sedikit kekuatan untuk aku luahkan disini.


Hidup dengan satu kaki memang payah dan aku rasa amat menyusahkan kerana aku perlukan bantuan orang keliling. Adik aku, Ida dan anak saudara aku Fasya bagai tunggak utama yang menggerakkan aku setiap hari. Anak Shuk, menantu Fifi, adik Mazli, Iz,  adik Ipar dan saudara mara yang terdekat adalah semangat untuk aku terus berjuang dalam hidup ini.


Semoga ALLAH sentiasa merahmati orang sekelilingku ini.


KEPUTUSAN ini aku yang buat tanpa dipengaruhi siapa² dan mana² pihak. Sakit yang aku tanggung hanya ALLAH yang tau. Rasa bagai nak putus nyawa dari badan. Drastiknya keputusan ini. Membuang satu kaki bukan beerti aku membencinya tetapi aku sayangkan dia. Aku simpan dan biar dia tunggu aku disana. Dia sakit, aku yang tau tu....


Aku mohon ALLAH ampunkan dosaku dan dosa kaki ku itu. Lama dia berkhidmat untuk aku. Aku tidak pernah lupa jasa baiknya...


Rehat disana dulu ye, tunggu aku. Kita akan bersatu disana. Kaki KANAN ku....


Ikhsan Untuk Intan.....

IMARA 1895 ENT

CIMB 8604313928

2023 (1)

 Sebelum INTAN TIDUR (1)


Berdamai dengan ALLAH atau Berdamai dengan Doktor

Malam tu aku buat keputusan berdamai dengan kedua-duanya. Dengan ALLAH kerana malam tu Malam Jumaat dan jika aku pergi, indahnya pergi pada hari Jumaat.

Dengan Doktor aku letakkan harapan agar aku boleh terus diberi peluang menjalani hidup ini.

Aku akan mulakan segala cerita disini.....


Ikhsan Untuk Intan.....

IMARA 1895 ENT

CIMB 8604313928