Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Tuesday, 31 December 2013

KELEBIHAN PAHALA UMAT RASULULLAH

Kelebihan Pahala Umat Rasulullah


Ka’bul Akhbar berkata bahawa:
“Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap dibawah lindunganKu”.
Firman Allah S.W.T:
“Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.”
Firman Allah S.W.T:
“Wahai Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka.”
Firman Allah S.W.T:
“WAhai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka  pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan.”
Firman Allah:
“Wahai Musa, solat Isya’ empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.”
Firman Allah S.W.T.:
“Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu’ sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu’ itu dengan syurga  yang luasnya seluas langit dan bumi.”
Firman Allah S.W.T.:
Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.”
Dan Firman Allah S.W.T:
“Wahai Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH, maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.
Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.
Renung-Renungkan ;)
Wallahua’lam.

Tuesday, 17 December 2013

TEMPAT SOLAT SEORANG WANITA

TEMPAT SOLAT SEORANG WANITA


Rasulullah S.A.W bersabda kepada seorang wanita: "Solat di bilikmu lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu". (HR Ibn Khuzaimah)

"Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya di bilik (peribadi)nya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya." (HR Abu Daud dan Al-Hakim)

"Sebaik-baik tempat solat bagi kaum wanita adalah bahagian paling dalam (tersembunyi) di rumahnya." (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

Status hadis-hadis di atas memang tidak sampai kepada dhaif(lemah) mahupun maudhu'(palsu), jadi ianya boleh diamalkan, akan tetapi kita perlu faham bagaimana untuk menggunakan hadith-hadith di atas. Kita tak boleh menggunakan sesuatu dalil sesuka hati di tempat yang salah.Perlu untuk kita cakna dengan syarah dan penerangan ulama bagi hadith-hadith tersebut.

Letakkanlah sesuatu pada tempatnya.
 

Faktor Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (HR Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadith ini, kita dapat fahami bahawa antara faktor mengapa Nabi lebih menggalakkan kaum hawa untuk solat di rumah adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya fitnah, godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki seperti memakai perhiasan, tabarruj, memakai wangi-wangian, berpakaian seksi dan ikhtilat(pergaulan bebas) di rumah Allah..

Saya tertarik untuk berkongsi satu kaedah fiqh yang pernah saya pelajari:


"إذا انعدمت العلة انعدمت الحكم
'Apabila hilang/tiadanya sebab, maka hilang/tiadalah hukum.'

Jadi, sekiranya seseorang muslimah itu terhindar dari segala perkara di atas, maka adalah lebih baik untuk dia ke masjid kerana berdasarkan kaedah fiqh di atas, apabila tiadanya faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih baik solat di rumah, maka terhapuslah hukum(solat di rumah lebih baik), justeru solatnya di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah..

Berkata Al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya 'Al-Muhalla' :

“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik. Hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja..."

Tiada Larangan untuk Ke Masjid



Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Janganlah kalian melarang hamba-hamba wanita Allah untuk ke masjid-masjid Allah"{HR Bukhari: no 858 dan Muslim: no 442}

Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkata:

"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.."

Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..

Sedangkan pada zaman Rasulullah, para sahabiah dan Ummul Mukminin(isteri-isteri Nabi) sangat rindu dan ghairah untuk ke masjid, bahkan ada sebuah hadis yang menunjukkan isteri Rasulullah sering ke masjid, Sayyidah Zainab r.a, salah seorang isteri nabi pernah mengikat seutas tali di antara dua tiang di masjid :

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, kita lihat bagaimana Ummul Mukminin yang begitu erat terpaut dengan rumah Allah.. Tidak inginkah kita untuk mencontohi mereka? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebaik-baik muslimah di sisiNya?

Sungguh rugi sesiapa yang tiada keinginan untuk ke istana Allah.. 

Paling kurang dalam setahun, hanya sebulan sahaja ke masjid, takkan tak boleh kot? Wanita ni biasanya solat di rumah sahaja.. Apa salahnya sepanjang bulan Ramadhan, kita solat tarawikh di masjid.. Kita hidupkan rumah-rumah Allah.. kan?  ^^



Solat Di Masjid Bagi Wanita Lebih Baik Dengan Syarat..

Ya... Ada syarat-syarat dan adab-adabnya untuk kita beribadah dan bertarawikh di masjid Allah ini..

Di sini saya naqalkan potongan jawapan Mufti Mesir Prof, Dr. Ali Jum'ah apabila ditanya tentang 'Solat tarawikh bagi wanita lebih baik ditunaikan di rumah atau di masjid?'


"..... Barangkali, adalah lebih baik bagi muslimah zaman ini untuk pergi ke masjid memandangkan kaum wanita sering terasing dari para ulama, majlis-majlis ilmu dan pelajaran-pelajaran agama..

Bagaimanapun, perlu untuk kita tahu bahawa pemergian seorang wanita ke masjid adalah afdhal(lebih banyak ganjaran dari di rumah) sekiranya ketiadaannya di rumah tidak memberi kesan terhadap tanggungjawabnya di rumah, keluarga dan hak-hak suami..(pastikan tanggungjawab selesai) serta aman dan terhindar dari membuat gangguan dan fitnah..

Dan juga (lebih afdhal solat di masjid), sekiranya seseorang wanita mampu memelihara pakaian/penampilan seperti yang dituntut syarak, hak-hak masjid seperti merendahkan suara, ikhlas dalam beribadah, menjauhi mengumpat, gosip dan seumpamanya secara keseluruhan, serta tidak mengganggu orang lain.. 

Sebaliknya, apabila seseorang muslimah itu tidak mampu mematuhi adab-adab tersebut, maka solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal.." (dipetik dan diedit sedikit dari kitab 'Al-kalimut Tayyibu Fatawa 'Asriyyah' oleh Al-Allamah Sheikh 'Ali Jum'ah rahimahullah: m/s 45, terbitan Darus salam)


Wallahu ta'ala a'la wa a'lam..
 

Thursday, 5 December 2013

CARA SOLAT TAHAJJUD

CARA SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud
Dari segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur. Dari segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun dari tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian di tengah malam. Solat Tahajjud tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan. Memadailah sekadar dua rakaat tetapi hendaklah dilakukan secara berterusan setiap malam.
Cara Solat Tahajjud

Lafaz NIAT
” Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala “
Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau,
Rakaat pertama:   Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
Atau,
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran
(Rasulullah SAW sering membaca ayat ini)
Membaca doa
DOA SUJUD AKHIR TAHAJJUD

DOA SELEPAS SALAM TAHAJJUD

DOA SOLAT TAHAJJUD

Petikan dari Blog Ammar




Wednesday, 4 December 2013

KISAH 12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALLAH

Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah 



Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass  Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).


(A� S i ) p� he� 15-19).