1.Wahai
orang Yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari
sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari
separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran
Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri
masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya
Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi
perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia
menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya
(kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam),
kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang
kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus
menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan
sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan Yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan
melainkan dia; maka Jadikanlah Dia penjaga Yang menyempurnakan urusanmu.
10. Dan Bersabarlah terhadap apa Yang dikatakan oleh mereka
(yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka Dengan cara Yang baik.
11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang Yang
mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang Yang berada Dalam kemewahan, dan
berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
12. Kerana Sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka)
belenggu-belenggu dan neraka Yang menjulang-julang,
13. Serta makanan Yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.
14. (azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang
bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan
pasir Yang mudah bersepah.
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (Wahai umat
Muhammad), seorang Rasul Yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang Yang
mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun
seorang Rasul.
16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami
menyeksakannya Dengan azab seksa Yang seberat-beratnya.
17. (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka Bagaimana
kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar -
(dari azab) hari Yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
18. Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah Dengan
sebab kedahsyatan hari itu. (ingatlah), janji Allah adalah perkara Yang tetap
dilakukannya.
19. Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang mengandungi amaran)
ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah
ia mengambil jalan Yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
20. Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan
selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan
oleh) segolongan dari orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati
perintah Yang terdahulu); padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat
kadar masa malam dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan
dapat mengira Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya
Yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah
mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia
juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang
lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah
kurnia Allah; dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah
(membela ugamanya). maka bacalah mana-mana Yang sudah kamu dapat membacanya
dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah
pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa
jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya
dan Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
SURAH AL-MUZAMMIL, AYAT:1-20
No comments:
Post a Comment