~:: Tidur sebentar / Qailulah / Day napping (Tips puasa) ::~
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sabda Rasulullah SAW;
"Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah."
(Riwayat al-Tabrani)
Pernah dengar pasal Qailulah?
Qailulah bermaksud tidur sebentar (dalam 10 - 15 minit) pada siang hari atau dalam bahasa omputihnya day napping.
Siapa yg tak pernah rasa mengantuk di siang hari ?
Pasti ada kan, walau tak selalu tapi kita pernah merasa mengantuk. Kebiasaannya kita sebolehnya akn cuba elak dari mengantuk dgn cara makan gula2 berangin, minum minuman berkafein, melakukan senaman ringan. Tapi sebenarnya cara yg terbaik ialah dgn tidur atau lelap sekejap dalam 10 ke 15 minit..
Amalan ni bkn sahaja diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan kajian moden juga menyokong kebaikan Qailulah atau Day Nappping ni. Mengikut kajian Dr Norhissam dari IPKIM, 1 minit qailulah qualiti nya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita diwaktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengatuk, insyaAllah.
Antara kebaikan tidur sekejap ialah :
Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
Baik untuk jantung dan kesihatan.
Meningkatkan fungsi kognitif.
Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
Menjadikan minda lebih kreatif.
Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.
Waktu yg sesuai untuk tidur sekejap / Qailulah ialah :
Bagi yg bekerja seeloknya cuba lakukan qailulah dalam waktu lunch hour, kalau time waktu kerje nak buat qailulah ni tak sesuai la pulakkan, Ada kajian menyatakan yg manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Jadi jika kita bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh., kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi, qailulah @ nap ini adalah sangat2 berpatutan utk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dgn fitrah badan manusia.
Tetapi perlu di ingat jika kita melakukan Qailulah ni, sebaik sahaja kita bangun dari tidur yg sekejap , kita mungkin akn merasa sedikit pening utk tempoh 5 hingga 20 minit. Tetapi InsyaAllah selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Jadi apa kata dlm bulan puasa ni, anda start amalkan Qailulah, InsyaAllah dgn izinNya anda akan bertenaga utk berterawih dan bangun sahur nanti.
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....
Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...
Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....
2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.
Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)
No comments:
Post a Comment