TEMPAT SOLAT SEORANG WANITA
Rasulullah
S.A.W bersabda kepada seorang wanita: "Solat di bilikmu
lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada
solat di masjid kaummu". (HR Ibn Khuzaimah)
"Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya di bilik (peribadi)nya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya." (HR Abu Daud dan Al-Hakim)
"Sebaik-baik tempat solat bagi kaum wanita adalah bahagian paling dalam (tersembunyi) di rumahnya." (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)
Status hadis-hadis di atas memang tidak sampai kepada dhaif(lemah) mahupun maudhu'(palsu), jadi ianya boleh diamalkan, akan tetapi kita perlu faham bagaimana untuk menggunakan hadith-hadith di atas. Kita tak boleh menggunakan sesuatu dalil sesuka hati di tempat yang salah.Perlu untuk kita cakna dengan syarah dan penerangan ulama bagi hadith-hadith tersebut.
Letakkanlah sesuatu pada tempatnya. シ
Faktor Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah
"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (HR Ahmad dan Abu Daud)
Berdasarkan hadith ini, kita dapat fahami bahawa antara faktor mengapa Nabi lebih menggalakkan kaum hawa untuk solat di rumah adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya fitnah, godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki seperti memakai perhiasan, tabarruj, memakai wangi-wangian, berpakaian seksi dan ikhtilat(pergaulan bebas) di rumah Allah..
Saya tertarik untuk berkongsi satu kaedah fiqh yang pernah saya pelajari:

"إذا انعدمت العلة انعدمت الحكم"
'Apabila hilang/tiadanya sebab, maka
hilang/tiadalah hukum.'
Jadi, sekiranya seseorang muslimah itu terhindar dari segala perkara di atas, maka adalah lebih baik untuk dia ke masjid kerana berdasarkan kaedah fiqh di atas, apabila tiadanya faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih baik solat di rumah, maka terhapuslah hukum(solat di rumah lebih baik), justeru solatnya di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah..
Berkata Al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya 'Al-Muhalla' :
“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik. Hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja..."
Tiada Larangan untuk Ke Masjid
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Janganlah kalian melarang
hamba-hamba wanita Allah untuk ke masjid-masjid Allah"{HR Bukhari: no 858 dan Muslim: no 442}
Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkata:
"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.."
Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..
Sedangkan pada zaman Rasulullah, para sahabiah dan Ummul Mukminin(isteri-isteri Nabi) sangat rindu dan ghairah untuk ke masjid, bahkan ada sebuah hadis yang menunjukkan isteri Rasulullah sering ke masjid, Sayyidah Zainab r.a, salah seorang isteri nabi pernah mengikat seutas tali di antara dua tiang di masjid :
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Subhanallah, kita lihat bagaimana Ummul Mukminin yang begitu erat terpaut dengan rumah Allah.. Tidak inginkah kita untuk mencontohi mereka? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebaik-baik muslimah di sisiNya?
Sungguh rugi sesiapa yang tiada keinginan untuk ke istana Allah..
Paling kurang dalam setahun, hanya sebulan sahaja ke masjid, takkan tak boleh kot? Wanita ni biasanya solat di rumah sahaja.. Apa salahnya sepanjang bulan Ramadhan, kita solat tarawikh di masjid.. Kita hidupkan rumah-rumah Allah.. kan? ^^
Solat Di Masjid Bagi Wanita Lebih Baik Dengan Syarat..
Ya... Ada syarat-syarat dan adab-adabnya untuk kita beribadah dan bertarawikh di masjid Allah ini..
Di sini saya naqalkan potongan jawapan Mufti Mesir Prof, Dr. Ali Jum'ah apabila ditanya tentang 'Solat tarawikh bagi wanita lebih baik ditunaikan di rumah atau di masjid?'
"..... Barangkali, adalah lebih baik bagi muslimah zaman ini untuk pergi ke masjid memandangkan kaum wanita sering terasing dari para ulama, majlis-majlis ilmu dan pelajaran-pelajaran agama..
Bagaimanapun, perlu untuk kita tahu bahawa pemergian seorang wanita ke masjid adalah afdhal(lebih banyak ganjaran dari di rumah) sekiranya ketiadaannya di rumah tidak memberi kesan terhadap tanggungjawabnya di rumah, keluarga dan hak-hak suami..(pastikan tanggungjawab selesai) serta aman dan terhindar dari membuat gangguan dan fitnah..
Dan juga (lebih afdhal solat di masjid), sekiranya seseorang wanita mampu memelihara pakaian/penampilan seperti yang dituntut syarak, hak-hak masjid seperti merendahkan suara, ikhlas dalam beribadah, menjauhi mengumpat, gosip dan seumpamanya secara keseluruhan, serta tidak mengganggu orang lain..
Sebaliknya, apabila seseorang muslimah itu tidak mampu mematuhi adab-adab tersebut, maka solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal.." (dipetik dan diedit sedikit dari kitab 'Al-kalimut Tayyibu Fatawa 'Asriyyah' oleh Al-Allamah Sheikh 'Ali Jum'ah rahimahullah: m/s 45, terbitan Darus salam)
Wallahu ta'ala a'la wa a'lam.. ヅ
No comments:
Post a Comment