Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah
Sebagai seorang Islam, kita
wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang
dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya
hamba Allah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan
kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya
dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut
dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun
yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok
Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian
menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri
Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan
kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi
guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18,
Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi
Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu.
Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab
kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan
lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun
sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan
azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan
hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54,
al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan
ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan
dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual
selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang
teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang
teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa.
(at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain
kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka
menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini
menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah).
(al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel
sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk
memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai
tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak
reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini
masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota
Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada
hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang
banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya
dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya.
Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi
yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan
Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama
Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah
patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena
mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka
dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit
dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok
orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk
seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah
SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu
negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus
kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang
sangat keras (Yasin:
13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama
seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada
Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan:
37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi
berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran
rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah
diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib
dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
(A� S i ) p� he� 15-19).
No comments:
Post a Comment