40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM
1. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
5. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah
r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil
akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat
akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
12. Aisyah r.a. berkata
"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW
"Ibunya."
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
17. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman
(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT
20. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
23. Wanita yang memberi
minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya
sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24. Wanita yang melayan
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah
susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli
tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi
susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu
tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit
/ mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
- sumber dari
umar-alfarouk.blogspot.com
No comments:
Post a Comment