Rahsia Di Sebalik Wuduk (Air Sembahyang)
Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan
wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air
perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang
dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki
kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa
terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit
tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita
dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan
badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu
seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka
keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air
atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya,
maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau
bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua
kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama
air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam
keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Masih banyak rahsia yang terkandung
dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains
dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat
pada anggota wuduk.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk
yangmenyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari
tangan dan jari-jari kaki berguna untukmenenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak
titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula
rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena
semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunkturyang
merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan,
gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan
ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem
komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik
akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk
yang disyari’atkan sejak 15 abad yang lalu.
Muka = 84
Tangan = 95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!! Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5
kali sehari…
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga,
tapak tangan atau tapak kaki terdapat
titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2
di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
Kita tidak harus memandang ringan
semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak
kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata
ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16
titik akupunktur yang
mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan,
lengan merah dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat,
ia mengandungi 30 titik ransangan utama!
Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan
urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat
semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Terdapat 125
titik akupuntur
di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya
seolah2 kita telah merawat seluruh jasad.
Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
Tenaga Wuduk Sembuhkan
Kebutaan
Terdapat banyak cara yang
ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah
satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk
memulihkan pandangan matanya.
Baginda SAW berkata kepada orang
buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke
tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal
(pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk,
usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain
membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di
antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu
bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy
level pertama berada
di kedua tangan.
Itulah punca mengapa orang lain
berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China
yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai
sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka
mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
Mereka mengumpulkan energi ini dan
melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung
energy. Melalui
olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh,
mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya dan melepasnya melalui kedua tangan
mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam
penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan
laser yang
melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit
mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan),
hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
Baginda SAW memberinya sebuah
petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy,
kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar(penyakit)
nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ
dan memanfa’atkannya.
Empat belas abad yang lalu
Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita
pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata
yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”
Kekuatan wuduk juga boleh digunakan
bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy
positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat
daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan;“Pergilah ambil wuduk.”
Semoga rahsia wuduk ini memberi
manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
Wallahu A’alam Bissowab
No comments:
Post a Comment