Ketika Habibi beri aku tempat PERTAMA
Bagi habibi aku yang paling disayangi, semua orang yang rapat dengan kami tau. Aku diberi perhatian yang melampau. Aku sendiri jadi seorang yang tidak berdikari. Banyak yang aku tak buat sendiri. Tunggu dia dan dia. Pada awal perkahwinan, aku jadi rimas tapi lama-lama aku biarkan saja.
Dia masak. Dia yang buat pilihan pakaianku. Penjagaan serba-serbi. Dia yang bawa aku ke spa, facial, bekam, acupunture dan entah apa-apa lagi.
Lagi best, bawa aku ke SLIM WORLD, ambil pakej 12 session. Aku bukan kurus sangat pun.
Aku sentiasa PERTAMA dalam agenda hidupnya
Dunia melabel aku KEDUA
Aku isteri KEDUA. Itu label yang semua orang sekelilingku bagi. Hakikatnya, dalam surat nikah kami takde pun ruang penamaan itu. Takde. Tidak ada. Tiada.... ok
Aku sedar kedudukan ku sebagai isteri kedua dan aku tidak pernah sekali pun merampas hak isteri pertama. Aku tak pernah ambil tau, perbelanjaan habibi disana. Sabtu dan Ahad serta hari cuti lain, aku sentiasa beralah.
Aku sangat-sangat redha dan ikhlas....
Masalah kat Akhirat dia akan terhencot-hencot kerana tidak adil, diluar bidang kuasa aku. Itu hak ALLAH....
Hampir semua meletak aku DIBAWAH
Hina kan jadi Isteri Kedua. Semua penghinaan letak dikepalaku. Perampas. Penggoda. Perosak rumahtangga orang. Parasit. Ganggu suami orang. Kikis suami orang....
Ditambah dengan gatal, gedik, ngada-ngada.... sundal....
Memandang aku dengan pandangan yang jijik. Aku tau.....
Hari ini ketika aku type post ni...
Satu Malaysia sayangkan Hannan Khaira. Isteri kedua Adham.
Hannan muda....
Aku juga muda masa kawin dengan habibi
Hannan muda dari Adham....
Aku muda sepuluh tahun dari habibi...
Isteri Adham jauh...
Masa aku bernikah, isteri pertama habibi pun jauh
Hannan baik, minta dilepaskan....
Aku juga minta habibi lepaskan sebab aku benci bergaduh.....
Adham yang taknak lepaskan Hannan....
Habibi juga taknak lepaskan aku.....
Malah habibi genggam hidup aku hingga akhir hayat dia...
Aku bersama habibi hingga nafasnya yang terakhir..
Habibi pergi dengan Syahadah ku
Kenapa aku yang sering dipersalah?
INIH LAA DORNIA
ReplyDeleteMESKI TIDAK PERNAH ADIL
DN KADANG MENGHUKOM TANPA HAK
NAMON IDOP MUSTI TEROSS
LAWAN TETAP LAWANN..