Darjat Kucing Di Mata Rasulullah SAW
Dengan Nama-Mu Yang Esa lagi Tinggi.
Selawat
dan salam ke atas Kekasih-Mu serta ahli keluarga serta sahabatnya.
Sesuatu
yang dapat dinafikan bahawa setiap individu memiliki hobi dan minat yang
tersendiri dalam memenuhi ruang waktu mereka. Hobi dan minat tersebut sudah
pasti bertindak sebagai penenang kepada jiwa. Baik, barangkali kenyataan saya
hobi dan minat sebagai penenang ini berupaya mengundang tafsiran yang
bervariasi dek kerana Islam menyediakan wahana ampuh dalam proses menenang jiwa
iaitu dengan membaca serta bertadabbur (menghayati) al-quran,selain mendirikan
ibadah-ibadah sunat dan juga melakukan perkara-perkara kebaikan sesama manusia.
Tegasnya,ini adalah suatu medium yang tidak boleh disangkal (undeniable) lagi
keampuhannya.
Setiap
individu perlu ingat bahawa Allah swt menciptakan setiap makhluk-Nya samada
makhluk hayy (makhluk yang hidup seperti manusia, binatang dan lain-lain) dan
juga makhluk jaamid (makhluk yang beku iaitu tidak bernyawa seperti batu,kayu
dan sebagainya) mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang
saling memerlukan antara satu sama lain.
Maka
disinilah menuntut manusia yang dikurniakan aqal untuk berfikir sambil merenung
kehebatan ciptaan-ciptaan Allah swt yang melata di atas muka bumi ini.
Pastinya
disebalik ciptaan-ciptaan tersebut bukannya satu tugas dan kerja sia-sia di
sisi Allah swt.
Ini ditegaskan menerusi firman Allah swt yang bermaksud “Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Ad-Dukhan: 38).
Ini ditegaskan menerusi firman Allah swt yang bermaksud “Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Ad-Dukhan: 38).
Maka
daripada ayat-ayat dalam Surah Ad-Dukhan tadi sungguh sangat jelas bahawa
segala sesuatu yang ada di muka bumi ini dan yang ada di langit serta apa yang
ada di antara keduanya tidak ada yang sia-sia. Jadinya untuk siapakah semuanya
itu? Untuk memahaminya kita juga boleh merujuk kepada firman Allah swt dalam
ayat yang lain pula dengan maksud :
“Dialah
yang telah menjadikan bumi terhampar buat kalian dan langit sebagai atap dan
Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu
segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian, kerana itu janganlah kalian
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahuinya.” (Al-Baqarah:
22)
Dalam
persoalan ini, adalah amat wajar kita merujuk kepada Ibnu Katsir t dalam
Tafsir-nya (1/60) mengatakan: “Allah swt mengeluarkan bagi mereka (dengan air
hujan tersebut) segala macam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang boleh kita
saksikan sebagai rezeki buat mereka dan binatang-binatang ternak mereka
sebagaimana yang telah disebutkan di banyak tempat di dalam Al Qur`an.”
Manakala
pendapat yang lain turut juga dirujuk pandangan Asy-Syaikh As-Sa’di mengatakan
di dalam tafsirnya (hal. 30): “Allah menciptakan segala apa yang ada
di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah swt bagi kalian dan
rahmat-Nya agar kalian juga boleh mengambil manfaat darinya, bersenang-senang
dan boleh menggali apa yang ada padanya.” Kemudian beliau mengatakan: “Dan
Allah menciptakan semuanya agar manfaatnya kembali kepada kita.”
Tujuan
penulis memberi tasawwur (pandangan) awal yang agak sedikit melebar daripada
membincangkan langsung kepada topik kucing di sisi pandangan Rasulullah saw
adalah bagi merungkai andai ada kekusutan yang berpendapat bahawa dengan
membela haiwan jinak seperti kucing akan mengakibatkan banyak waktu-waktu yang
sepatutnya dihabiskan itu terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tiada
berfaedah seperti salah satunya memelihara kucing. Jadinya,adakah memelihara
kucing itu membazirkan masa. Maka penulis ingin menyatakan Sabda Rasulullah Saw
yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan Sunan At-tirmidzi – Nabi s.a.w.
Sabda: “Kucing itu bukan najis, ia adalah binatang yg sering berdampingan
dengan manusia.”
Sebagai
manusia yang memerlukan belaian manja bukan sahaja daripada manusia malah juga
haiwan peliharaan jinak seperti kucing dan sebagainya sudah pasti manusia akan
meletakkan nama (tasmiyah) kepada haiwan peliharaannya,jika di kalangan
masyarakat Melayu biasanya dinamakan Tompok,Danny,John,dan pelbagai lagi.
Justeru,tidak kurang juga Baginda Rasulullah SAW yang menamakan
kucing kesayangan peliharaan Baginda dengan Muizza. Bukti sayangnya Baginda
terhadap Muizza (kucing kesayangan) ialah pernah suatu ketika Baginda
Rasulullah SAW ingin mengambil jubah,tetapi berkebetulan pada waktu Muizza
sedang tidur nyenyak di atas lengan jubah Baginda. Maka,dengan senang hati
Baginda memotong lengan jubah baginda untuk tidak menganggu Muizza yang sedang
tidur. Betapa hebatnya pekerti kekasih Allah swt ini,dengan haiwan
disantuni,dengan sahabat taulan disayangi malah musuh juga dikasihi.
Sebagai makhluk ciptaan Allah swt juga,Muizza iaitu kucing baginda
itu memiliki hak untuk berterima kasih kepada tuannya ketika mana Baginda
Rasulullah SAW kembali ke rumah, Muizza terbangun dan seolah-olah seperti
menunduk hormat kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih
sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali.
Dalam situasi yang demikian, pada ketika mana Baginda Rasulullah
SAW menerima kunjungan tetamu di rumahnya, Baginda SAW selalu menggendong
Muizza dan diletakkan di pahanya. Kucing juga makhluk Allah swt yang barangkali
punyai cara untuk menagongkan pencipta-Nya.Salah satu sifat Muizza yang Baginda
tertarik dan menggemari ialah ia selalu mengiau ketika mendengar laungan azan,
dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Masyaallah, hebatnya, kucing pun sanggup berusaha untuk mengikuti
laungan dan menjawab azan, apakah beratnya mulut kita selaku manusia yang
dikurniakan pancaindera sebutan yang hebat fasih, sedangkan azan begitu sukar
untuk dijawab,lebih malang lagi tidak dihormati.
Sehubungan dengan itu,kepada para sahabatnya, Baginda SAW sering
berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan yang layaknya menyayangi keluarga
sendiri. Oleh sebab itulah,hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini
sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang
seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula
melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun
menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.Mohon dihindari
dan dijauhkan oleh Allah swt.
Perkara ini Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang
dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan
binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).
Apalah sangat yang perlu kita gusarkan sedangkan Baginda
Rasulullah SAW sendiri menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak
najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing
kerana dianggap suci.
Tegasnya,dalam
kehidupan setiap insan ini selain berkomunikasi sesama manusia , dengan alam
sekeliling , maka tidak ketinggalan juga makhluk ciptaan Allah swt yang turut
mewarnai ekosistem alam yang menampakkan lagi kehebatan dan keagongan Allah
swt.Sekian,Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment