MENGENANGKAN banyak
antara kaum perempuan menyeleweng daripada ajaran Islam disebabkan beberapa
sifat buruk yang sepatutnya dijauhi, Rasulullah SAW menasihati dan menggalakkan
mereka supaya selalu bersedekah. Hal ini kerana sedekah akan menolong mereka di
dunia dan akhirat.
Dalam hadis daripada
Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan
sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian
pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda
menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka
bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu
menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu,
seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum
perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya
Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup
nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
Jabir (rawi hadis ini)
berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan
mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta
cincin mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Kaum perempuan
diciptakan Allah dalam keadaan yang semulia-mulianya – sebagai ibu yang
dihormati, isteri dikasihi dan anak disayangi. Selain itu, diberi panduan
supaya mereka menjadi manusia beriman dan beramal salih.
Untuk menyedarkan
mereka akan hakikat itu, Rasulullah menasihati mereka supaya menjauhi apa-apa
juga tabiat buruk seperti diterangkan dalam hadis di atas. Perkara itu
ditegaskan lagi dalam hadis berikut.
Daripada Abdullah bin
Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan
banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu
golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”
Seorang perempuan
yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan
yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “”(Kerana) kamu
selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan
(selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal)
agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari
(sekalipun) – selain daripada kamu.”
Perempuan itu
bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang
akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal,
maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi
seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula
akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana
kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana
kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan)
kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat
Bukhari dan Ibn Majah)
Dari Al-Hasan, bahawa
‘Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu
mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : “Birafa’ Wal Banin (Semoga murah
rezeki dan banyak anak)”. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata :
“Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan
demikian”. Para tamu bertanya :”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu
Zaid ?”. ‘Aqil menjelaskan : “Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka
‘Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian
keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w”.
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah,
Darimi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).
Doa yang biasa
Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
“Barakallahu laka wa
baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Doa ini berdasarkan
hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
Dari Abu hurairah,
bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau
mengucapkan doa : “Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi
khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu
dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.
(Riwayat Ahmad,
Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).
No comments:
Post a Comment