Baca dalam bahasa kita pun indah juga.....
ALHAMDULLILLAAHI
RABBIL’ AALAMIIN WASSOLAATU WASSALAAMU ‘ALAA SIYIDINAA MUHAMADIN ASYRAFIL
MURSALIN, WA’ALAA AALIHI WASOHBIHI AJMAIN
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala kepujian bagi Allah
Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi
Muhammad semulia-mulia pesuruhnya, serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
sekelian.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk
mengikuti jejak langkah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. awalnya, akhirnya,
lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah
aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam keadaan beriman.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku, dan
cucurkanlah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana ia membelaku semasa aku
masih kecil, dan ampunkanlah dosa semua orang-orang Islam lelaki dan perempuan
dan semua orang yang beriman sama ada lelaki dan perempuan.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhanku pusingkan imanku sesudah
Tuhanku kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahkanlah kepadaku rahmat kerana
bahawa sesungguhnya Tuhanku Maha Pengurnia.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada syak wasangka dan
menyekutukanmu, daripada kufur tak percaya atau beriman pura-pura, dan aku mohon
juga daripadamu perlindungan tidak baik budi pekerti, tak baik pandangan, tak
baik keluargaku dan pada anak-anakku sekelian.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, panjangkanlah umurku, sihatkan tubuh badanku, terangkan
hatiku, murahkan rezekiku, hampirkan diriku kepada kebaikan, sebaliknya jauhkan
diriku kepada kejahatan, tunaikan segala hajatku mengenai urusan agama, dunia
dan akhirat.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada kehilangan nikmat dan
daripada tubuh badan yang tidak sihat dan daripada timpaan bala percubaan yang
datang mengejut dan daripada kemurkaan Tuhanku.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganku daripada ditimpa kesusahan dan
kedukaan, aku mohon perlindungan denganmu daripada kelemahan dan kemalasan,
daripada perasaan takut dan kedekut, daripada desakan berhutang dan paksaan
orang.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada melampau-lampau
mendapat bala, daripada berpanjangan mendapat kecelakaan dan tak baik
kesudahan. Juga aku mohon perlindungan daripadamu daripada kegembiraan
orang-orang yang membenci aku ke atas kekecewaanku, dan aku mohon perlindunan
juga daripada menghidapi penyakit dan hampa harapan.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, tidak kiranya hinggap terbeban satu dosa kepadaku
melainkan semoga dikau ampuni. Tidak tertimpa akan daku walau apa juga
kemudaratan melainkan semoga dikau hapuskan, tidak terhutang walau satu hutang
melainkan semoga dikau menjelaskan, tidak timbul barang satu hajat dari diriku
sama ada hajat yang mengenai hal-hal dunia atau akhirat melainkan semoga dikau
tunaikan, mohon limpah rahmatmu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang memberi
rahmat.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku mohon kepadamu segala sebab-sebab yang boleh
menolong mendapatkan rahmatmu dan keampunanmu, terselamat daripada doa
sebaiknya berbahagia mendapat syurga serta terselamat daripada neraka.
Ya
Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dalam dunia ini dan juga
didalam akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab neraka.
WASOLLALAAHU
‘ALAA SAIYIDINAA, MUHAMMAD, WA ‘ALAA AALIHII WASOHBIHII WASALLAM WALHAMDU
LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIN.
Barang
dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta
keluarga dan sahabatnya sekelian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir
seluruh alam.
No comments:
Post a Comment