Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Wednesday 31 January 2018

MENANGISI JENAZAH DAN BERTA'ZIYAH


MENANGISI JENAZAH DAN BERTA'ZIYAH

لا بأس بالبكاء على الميت من غير نوح ولا شق جيب ويعزى أهله إلى ثلاثة أيام من دفنه ولا يدفن اثنان في قبر إلا لحاجة.

Menangisi Jenazah

Tidak masalah menangisi jenazah, sebelum dan setelah meninggal dunia. Namun yang lebih utama baginya untuk tidak menangisi jenazah tersebut.

Dan menangisi orang yang meninggal, tidak diperbolehkan dengan berteriak-teriak disertai mengeluh dan juga tanpa menyobek pakaian serta tanpa memukul dada dan pipi.

Ta’ziyah

Disunnahkan _ta’ziyah_ kepada keluarga jenazah, baik yang kecil maupun besar, laki-laki maupun wanita, kecuali wanita yang muda. Maka tidak dianjurkan melakukan _ta’ziyah_ pada wanita yang muda selain orang-orang yang memiliki ikatan _mahram_ dengannya.

_Ta’ziyah_ disunnahkan untuk dilakukan sebelum dan setelah pemakaman hingga tiga hari terhitung sejak waktu meninggalnya jenazah atau setelah pemakaman, hal ini jika orang yang _ta’ziyah_ dan yang _dita’ziyahi_ tidak sedang bepergian.

Jika salah satunya sedang berada di suatu tempat, maka masa kesunnahan _ta’ziyah_ tetap terus berlangsung hingga waktu kedatangannya dan berakhir sampai tiga hari setelahnya.

Secara bahasa _ta’ziyah_ adalah menghibur seseorang yang tertimpa musibah karena orang yang dikasihinya mengalami penderitaan.

Dan secara _syara’_ adalah perintah dan dorongan untuk bersabar dengan balasan pahala dan berdo’a untuk jenazah agar mendapat ampunan, dan berdo'a untuk orang yang terkena musibah agar musibahnya mendapatkan ganti yang baik.

Maka disunnahkan saat melayat orang muslim yang ditinggal mati oleh orang muslim, untuk mengucapkan :

ﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺃَﺟْﺮَﻙَ ﻭَﺃَﺣْﺴَﻦَ ﻋَﺰَﺍﻙَ وغَفَر لِمَيِّتِكَ

Maknanya : _"Semoga Allah melipatkan pahalamu, memberimu pelipur lara yang baik, dan semoga Dia memberikan ampunan kepada jenazah yang telah meninggal"._

Adapun saat melayat orang muslim yang ditinggal mati oleh orang kafir, maka ia mengucapkan :

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ وَصَبَّرَكَ

Maknanya : _"Semoga Allah melipatkan pahalamu dan melimpahkan kesabaran kepadamu"._

Dan saat melayat orang kafir (selain _kafir harbi_ dan _murtad_) yang ditinggal mati oleh orang muslim, maka ia mengucapkan :

ﻏَﻔَﺮَ اللهُ ﻟِﻤَﻴِّﺘِﻚَ وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ

Maknanya : _"Semoga Allah mengampuni jenazah yang telah meninggal dunia dan memberimu pelipur lara yang baik"._

Tidak diperkenankan memakamkan dua orang di dalam satu kubur kecuali karena hajat seperti sempitnya lahan dan terlalu banyaknya orang yang meninggal dunia.





( Abu 'Abdillah Ibnu Zubaidy Al-Bathy )

Tuesday 30 January 2018

HADIAHKAN AL-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI

Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh anda dgn lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri anda (jantung) sambil mengucapkan "Alhamdulillah"

Kemudian katakanlah

"Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hambaMu ini. Lindungi hambaMu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yg mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah"

Al-Fatihah...........

Lakukan sekarang   kerana barangkali anda sudah lama atau tidak pernah menghadiahkan Al-Fatihah pada diri anda sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya..

share ke teman dan group lain jika anda rasa bermanfaat

BERUNTUNGLAH KAMU SEORANG PEREMPUAN


Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..

Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.

Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu.

Saya doakan wanita yang baca ini adalah kamu yang dimaksudkan :)

Monday 29 January 2018

HAKIKATNYA

Syurga *lelaki*
pada  perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibubapa.*     
Masa *mati*
ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia*
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat*
nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*,
bila mati
dia tetap *perlu orang lain*
untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan*
dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis
tanpa *general worker.*
Seorang *raja*
tidak berkuasa
tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia...
*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*
*Ingatlah wahai diriku*
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
*sombong dan merasa dia lebih baik.*

Wednesday 24 January 2018

Ketika Habibi beri aku tempat PERTAMA

Ketika Habibi beri aku tempat PERTAMA
Bagi habibi aku yang paling disayangi, semua orang yang rapat dengan kami tau. Aku diberi perhatian yang melampau. Aku sendiri jadi seorang yang tidak berdikari. Banyak yang aku tak buat sendiri. Tunggu dia dan dia. Pada awal perkahwinan, aku jadi rimas tapi lama-lama aku biarkan saja.
Dia masak. Dia yang buat pilihan pakaianku. Penjagaan serba-serbi. Dia yang bawa aku ke spa, facial, bekam, acupunture dan entah apa-apa lagi.
Lagi best, bawa aku ke SLIM WORLD, ambil pakej 12 session. Aku bukan kurus sangat pun.
Aku sentiasa PERTAMA dalam agenda hidupnya

Dunia melabel aku KEDUA
Aku isteri KEDUA. Itu label yang semua orang sekelilingku bagi. Hakikatnya, dalam surat nikah kami takde pun ruang penamaan itu. Takde. Tidak ada. Tiada.... ok
Aku sedar kedudukan ku sebagai isteri kedua dan aku tidak pernah sekali pun merampas hak isteri pertama. Aku tak pernah ambil tau, perbelanjaan habibi disana. Sabtu dan Ahad serta hari cuti lain, aku sentiasa beralah.
Aku sangat-sangat redha dan ikhlas....
Masalah kat Akhirat dia akan terhencot-hencot kerana tidak adil, diluar bidang kuasa aku. Itu hak ALLAH....

Hampir semua meletak aku DIBAWAH
Hina kan jadi Isteri Kedua. Semua penghinaan letak dikepalaku. Perampas. Penggoda. Perosak rumahtangga orang. Parasit. Ganggu suami orang. Kikis suami orang....
Ditambah dengan gatal, gedik, ngada-ngada.... sundal....
Memandang aku dengan pandangan yang jijik. Aku tau.....

Hari ini ketika aku type post ni...
Satu Malaysia sayangkan Hannan Khaira. Isteri kedua Adham.

Hannan muda....
          Aku juga muda masa kawin dengan habibi
Hannan muda dari Adham....
          Aku muda sepuluh tahun dari habibi...
Isteri Adham jauh...
          Masa aku bernikah, isteri pertama habibi pun jauh
Hannan baik, minta dilepaskan....
          Aku juga minta habibi lepaskan sebab aku benci bergaduh.....
Adham yang taknak lepaskan Hannan....
          Habibi juga taknak lepaskan aku.....

Malah habibi genggam hidup aku hingga akhir hayat dia...
Aku bersama habibi hingga nafasnya yang terakhir..
Habibi pergi dengan Syahadah ku

Kenapa aku yang sering dipersalah?

Tuesday 23 January 2018

SEDEKAH

```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```

Sunday 21 January 2018

Tidurlah Mata - 2018(001)

Aku bukan seorang yang senang melelapkan mata tapi bila aku dapat tidur, ia adalah satu nikmat bagi ku. Kadang-kadang aku tak tidur sepanjang malam.
Doktor ada bagi ubat, untuk tenang dan tidur. Bila makan, mata lagi terbuka. Malam tu aku tidur tapi mata terbuka mengira pusingan kipas siling. Mengiring ke kanan, aku lihat kosong. Mengiring ke kiri, dinding. Melihat setiap sudut bilik tidur ku, hambar.
Sekarang ni aku ambil keputusan tidak membawa fon ke katil lagi. Aku biarkan fon dan tab di ruang tamu. Melainkan aku bangun dan mengadap PC, goolgle entah apa-apa.
Tengah malam sepi. Pernah juga nafas ku sesak. Aku keruang tamu, buka sliding door. Berdiri di grill, macam orang dalam penjara. Pandang keluar. Menyedut udara awal pagi. Entah apa yang ada dalam fikiran aku, aku tak tau. Kosong je.
Malam tadi, aku memandang keluar lagi. Tiga kuntum bunga Mawar dari Yeyea mekar. Pagi tadi aku dah nampak.
"Terima kasih Yeyea, selalu bagi mama mawar merah. Cantik mekar. Cantik macam Yeyea. Wangi macam Yeyea. Mama rindu peluk Yeyea. Rindu sangat."
Aaaah teringat pula Misya, aku kepintu dapur. Buka pintu dan berdiri di grill, lagak banduan, aku bisik, "Misya, doa kan mama disana ye," Aku sibuk sangat sekarang ni. Dengan cuaca tak menentu. Niat nak tanam pokok mawar untuk Misya pun tak kesampaian.
Aku tak lupa pagi tu.....
Misya yang terdampar dibawah pokok ditepi jalan. Badannya berdarah akibat digigit anjing. Aku meraung kat tepi jalan. Aku angkat Misya kedakapan ku. Misya kaku.
"Misya pun tinggalkan mama....."
Bisikku ketelinga Misya.
Satu persatu kesayangan ku KAU ambil, ya ÀLLAH....

BAWALAH AKU PERGI.....
Tak guna aku disini. Kesalan demi kesalan berganti. Keluhan tak terucap lagi. Tangisan bagai teman sejati. Senyuman bukan dari hati.

Aku kembali baring, mata mula perlahan-lahan terlelap.....

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

                 SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...

Dapat drp hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

TARBIAH DIRI - Hasan al-Basri

TARBIAH DIRI

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan.
Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong.
Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa,
bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan
Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati
bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah,
daripada diri kita.

Ilmu Allah  amatlah luas.

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.

Saudaraku
molek cerita ni
Ia boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari
sifat mazmumah.

Walau sehebat mana diri kita
jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kalian"

YANG..

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "megumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

Wednesday 17 January 2018

APABILA MENINGGAL DUNIA

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Tuesday 16 January 2018

JANGAN MERASA DIRI BAIK

*Bismillah*

*JANGAN MERASA DIRI BAIK*

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, pakai tudung labuh dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK
DARIPADA ORANG LAIN, kerana kita tidak akan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang, serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan ”aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

Allah SWT hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak/ Hasad, maka laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN. InsyaAllah.

Monday 15 January 2018

MELAMPAU DALAM BERDUKA

Ahad
26 Rabiulakhir 1439H
14 Jan 18

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasullullah SAW

MELAMPAU DALAM BERDUKA

Hadis dan huraian

Riwayat:  Bukhari
      
Dari Abu Musa r.a katanya: Saya berlepas daripada orang yang Rasulullah berlepas diri daripadanya. Rasulullah saw berlepas diri daripada orang-orang yang berkabung dengan berteriak-teriak, mencukur kepala dan mengoyak-ngoyak baju. 
Islam mengharamkan setiap muslim mengikuti tradisi jahiliah yang apabila ditimpa masalah kematian contohnya, mereka meratap, berteriak secara berlebih-lebihan dan melahirkan kedukaan yang melampau-lampau. Sebaliknya Islam mengajar ummatnya, bahawa kematian itu hanyalah perpisahan sementara, bukan musnah sama sekali kerana manusia bakal dibangkitkan semula di hari akhirat kelak. Sedangkan tangisan itu sama sekali tidak dapat menghidupkan orang yang sudah mati dan tidak juga dapat menolak takdir Allah. Oleh sebab itu, setiap muslim harus menerima sesuatu kematian itu sebagaimana halnya menerima musibah, iaitu harus banyak bersabar, mengawal perasaan dan memohon keredhaan Allah serta mengambil pengajaran daripadanya di samping mengharapkan pertemuan abadi di akhirat kelak. Kita juga digalakkan mengulang-ulang menyebut kalimah ˜inna lillah wainna ilaihi raaji'un' yang bermaksud: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali.

Tazkirah

SIFAT PARA MALAIKAT YANG PATUT KITA CONTOHI DALAM PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH

       Firman Allah SWT

وَمَنۡ عِندَهُ  ۥ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِهَِ

" dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya"

Surah Al-Anbiya ayat 19
*آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن*

Wednesday 3 January 2018

PAGI NI MIMPI DAH JADI KENYATAAN

LUAHAN 00012018

Masa balik dari hantar budak sekolah pagi tadi...
Aku tengok karpet-karpet bergantungan dipagar antara rumah aku dan jiran....

Aku teringat mimpi yang aku alami pada hujung tahun lepas. Dia tutup pagar antara rumah kami. Bila aku cerita pada dia, katanya, takkan berlaku. Hati aku mula tidak tenang. Mimpi tu macam real.

Ini lah yang berlaku.

Aku diam walau dalam hati aku memang sedih. Takpe, ALLAH kan ada....

Aku cuba elak dari memikirkan yang bukan-bukan. Apa lagi nak bersangka buruk.

Aku masuk rumah. Istighfar, tarik nafas dan mohon kekuatan dari ALLAH....
Aku mengadap cermin, cuba senyum...
Airmata yang keluar...

Baru je bulan lepas, dia marah aku sebab menegur suami dia. Aku serik, dalam pada dia selalu mengingatkan aku supaya selalu bersangka baik pada apa juga yang terjadi sekeliling kita. Dia terjah aku dengan menuduh aku menghasut suami dia.

Dalam pada dia memberi aku semangat untuk bangun, dia juga umpama menolak aku jatuh ke gaung....

Aku taknak mengungkit, apa yang aku telah lakukan sebab sayangnya aku sebagai umpama kakak.
Aku tak nafikan, dia selalu jadi orang pertama lalu difikiran bila ada apa jua peluang.

Sehingga aku lupa pada kepercayaan yang pernah aku berikan kepada rakan sekolah ku dulu.
Atas kepercayaan itu juga buat aku musnah....
Tapi aku tidak serik. Mudah percaya dan sayang pada orang.

Mungkin aku belum cukup telus dalam memberi.... tapi aku dah cuba yang terbaik. Tulus ikhlas.....

Aku bukan selalu betul, aku hamba yang daif, naif dan terlalu kekurangan. Aku tak sempurna. Aku insan biasa. Dosa ku seumpama pasir-pasir dipantai tempat kelahiranku.

Yang pasti aku impikan syurga macam orang lain juga.

ALLAHU AKBAR...
Kau maha kaya, kau kayakan aku dengan kasih sayang.

Ya ALLAH
Sebelum intan tidur....
Kau berikan intan ketenangan yang mutlak ye, kau jauhkan intan dari semua fitnah dunia.
Intan sedar, cinta intan amat rapuh pada mu tapi sesungguhnya hanya Kau dihati.....