Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Sunday 31 December 2017

TAHUN BARU JE KOT.....

2018 JE KOT.....
KITA KAN DAH ADA MAAL HIJRAH....

*DAILOG USTAZ DAN PADERI*

*Ustaz* : Maaf Tuan Paderi, sebentar lagi 1 Januari Tahun Baru Masehi akan segera tiba, apa yang dilakukan oleh umat Kristian pada malam tahun baru tersebut?........

*Paderi* : Di malam tahun baru tersebut kami tidak ada kegiatan yang istimewa melainkan seperti mana biasanya, iaitu malamnya jam 19.00 sampai jam 20.00 mengadakan kebaktian di Gereja masing² lepas tu balik...dan paginya jam 07.00 sampai jam 09.00 ke Gereja kembali. Itu saja kegiatan kami.

*Ustadz* : Oh jadi itu sahaja, tiada aktiviti yang istimewa.

*Paderi* : Ya, itu sahaja.

*Ustaz* : Apakah umat Kristian tidak ada yang turun ke jalan untuk memeriahkan tahun baru mereka?.....

*Paderi* : Tidak ada.

*Ustaz* : Kenapa mereka tidak turun ke jalan memeriahkan tahun baru mereka?......

*Paderi* : Untuk apa kami turun kejalan, tanpa kami turun ke jalan pun umat Islam sudah memeriahkan tahun baru kami....

*Ustaz* : Maksudnya bagaimana?

*Paderi* : ya lah...., kami tidak perlu turun ke jalan kerana kami *sangat berterimakasih kepada umat Islam* yang telah memeriahkan dan meramaikan Tahun Baru kami.

*Cuba Ustaz lihat bila tahun baru kami tiba, yang jual mercun umat Islam, yang beli mercun umat Islam, yang bakar mercun umat Islam untuk merayakan Tahun Baru kami.*

*Yang jual terompet umat Islam, yang beli terompet umat Islam dan yang meniup terompet umat Islam demi memeriahkan tahun baru kami.*

*Yang jual bunga api umat Islam, yang beli bunga api umat Islam dan yang membakar bunga api umat Islam untuk memeriahkan tahun baru kami.*

Umat Islam beramai-ramai turun padang dan pergi ke pusat hiburan, jalan² penuh dan  jem ketika memeriahkan tahun baru kami.

*Jadi buat apa kami turun ke jalan memeriahkan tahun baru kami, tanpa kami turun kejalan umat Islam sudah turun ke jalan memeriahkan tahun baru kami. Ustaz...tolong sampaikan ucapan terimakasih kami kepada umat Islam yang telah turut serta memeriahkan tahun baru kami.*

*Ustaz* : oooh macam tu ya...baiklah, nanti kami sampaikan kepada umat Islam bahwa orang² kristian sangat berterimakasih kepada umat Islam yang telah meramaikan dan memeriahkan Tahun Baru Masehi 1 Januari dengan mercunnya, terompetnya dan bunga apinya.

*Cuba kita renungkan dailog diantara Ustaz dan Paderi tersebut, apakah kita umat Islam dari tahun ke tahun akan terus menerus meramaikan dan memeriahkan Tahun Baru Kapiag tersebut sedangkan orang kristian tidak ada yang turun ke jalan ?....*

*Semoga bermanfaat !*

Wednesday 27 December 2017

JIKA

*_Menurut Prof Dr Hamka:*

🔝 *" Jika ingin melihat orang Islam...*
_*Datanglah ke masjid pada eidilfitri dan eidiladha.

*TETAPI*

🔝 *Jika ingin melihat orang yang beriman...*
*Datanglah ke masjid waktu suboh.

🔝 *Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. "*

🔺 *SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI*

1🔝 *Jika subuhnya sentiasa dipelihara.*
Tanda akan selamat dari neraka.

2🔝 *Jika subuhnya tiada dia tinggal.*
Allah melindunginya dari aral.

3🔝 *Jika subuhnya didahului sunat.*
Berganda isi dunia dia mendapat.

4🔝 *Jika subuhnya bergelapan ke musolla.*
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

5🔝 *Jika subuh ke cerah berwirid lagi.*
Mendapat pahala umrah dan haji.

*NAMUN...*

1🔝 *Jika subuhnya tiada dijaga.*
Pada wajahnya tiada cahaya.

2🔝 *Jika subuhnya sengaja terlupa.*
Tanda imannya tiada bernyawa.

3🔝 *Jika subuhnya terasa berat.*
Tanda munafik sudah mendekat.

4🔝 *Jika subuh tiada dipeduli.*
Tanda iman menghampiri mati.

5🔝 *Jika subuhnya tiada berjama’ah.*
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

6🔝 *Jika subuhnya tiada ke masjid.*
Tanda imannya ada penyakit.

7🔝 *Jika subuhnya selalu terlewat.*
Tanda imannya semakin cacat.

8🔝 *Jika subuhnya diakhir waktu.*
*Tanda iman semakin kelabu.

9🔝 *Jika subuhnya hari dah siang.*
Tanda rezekinya udah hilang.

10🔝 *Jika di subuh masih berdengkur.*
Tanda syaitan memeluknya tidur.*

*والله اعلم*

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT*

*ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT*

1. Lapisan Langit Pertama: *Mengumpat.*

2. Lapisan Langit Ke-2 : *Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.*

3. Lapisan Langit Ke-3 : *Sombong atau Takabbur.*

4. Lapisan Langit Ke-4 : *Ujub.*

5. Lapisan Langit Ke-5 : *Dengki.*

6. Lapisan Langit Ke-6 : *Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.*

7. Lapisan Langit Ke-7 : *Riak.*

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT.

Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai *keikhlasan.*

- *Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.*

Muhasabah Diri ini....

BERSYUKURLAH...

*Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela dan nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tong sampah. Katanya , Syukur Allah. Aku tak miskin.*

Lelaki miskin itu memandang sekeliling dan nampak seorang lelaki bogel berkelakuan tidak tentu arah di jalanan. Katanya , Syukur Allah. Aku tidak gila.

Lelaki gila memandang ke depan dan nampak kereta ambulan membawa seorang pesakit. Dia berkata, Syukur Allah. Aku tidak sakit.

Orang sakit di hospital melihat troli yang mengusung mayat menuju ke bilik mayat. Dia berkata Syukur Allah, aku belum mati.

Hanya orang mati saja yang tidak dapat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.

Kenapa tidak kita bersyukur hari ini atas keberkatan hidup, dan peluang menikmati hari baharu?

*Apakah sebenarnya kehidupan?*

Untuk memahami kehidupan, pergilah ke 3 (tiga) lokasi ini :

*1. Hospital*
*2. Penjara*
*3. Tanah perkuburan*

Di hospital, akan kita fahami tiada ada yang lebih indah dari *kesihatan*.

Di penjara, kita akan tahu *kebebasan* adalah amat berharga.

Di tanah perkuburan, kita akan sedar kehidupan ini tiada apa-apa. Tanah yang kita pijak hari ini, akan jadi bumbung kita esok hari.

Kebenaran yang menyedihkan : *Kita datang tanpa apa-apa, kita pergi juga tanpa apa-apa. Jadi mari kita rendahkan diri dan mensyukuri serta berterima kasih kepada Allah sepanjang masa untuk segala-segalanya.*

Share mesej ini.

Tuesday 26 December 2017

SAAT AZAN BERKUMANDANG

Saat Azan *SUBUH* berkumandang, jauhkan kami dari tidur yang *LENA*

Saat Azan *ZUHUR* berkumandang,jauh kan kami dari *KESIBUKAN*

Saat Azan *ASAR* Berkumandang,jauh kan kami dari rasa *LETIHNYA BERKERJA*

Saat Azan *MAGHRIB*, berkumandang jauhkan kami *MENONTON TV*

Saat Azan *ISYAK*.berkumandang,jauhkan kami dari *MENGANTUK*

Kita mampu melewatkan *SOLAT*,Tapi kita tak mampu melewatkan *KEMATIAN*

Jika suatu hari nanti,ada yang bertanya kepada kita,tentang dua perkara iaitu".👇🏽

1:Apakah perkara paling jauh dengan kita?
Maka jawablah *MASA LALU* kita.
2:Apakah perkara paling dekat dengan kita?
Maka jawablah *HARI KEMATIAN* Kita.

Semoga Sahabat beroleh kekayaan dunia/Akhirat
*AAMIIN YA ALLAH*

ilmu

💜 SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYAK..
💜 moga direzeki kan solat di awal waktu..