Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Tuesday 5 March 2013

TANGISAN RASULULLAH SAW DI PADANG MAHSYAR


Tangisan Rasulullah SAW Di Padang Mahsyar


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi dari Rasulullah telah bersabda : “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”

Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad . Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq.Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. MalaikatIzrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad  ?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad  .”
Rasulullah bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad   ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda . Baginda melihat kanan dan kiri. Baginda  dapati, tiada lagi bangunan. Baginda  menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى di tempat yang luas.”
Baginda  bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.”
Baginda  bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Malaikat Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda  bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda : “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad   dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda  bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.”
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah سبحانه وتعالى, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad  merupakan satu umat (kumpulan). Nabi berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Malaikat Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda akan bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.
Nabi Muhammad  berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad  menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Malaikat Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad  !”
Apabila Nabi Muhammad melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda dengan apa yang telah Allah سبحانه وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda . Baginda  juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad  bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad  ?”
Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad  bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Nabi Muhammad  berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah سبحانه وتعالى. Nabi Muhammad  memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah سبحانه وتعالى.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى terdiam.
Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Malaikat Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?”
Malaikat Jibril menjawab: “Ya!”
Malaikat Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Malaikat Jibril berkata: “Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!”
Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمْ

.
Petikan dari ; shafiqolbu 

No comments:

Post a Comment