Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Thursday 10 January 2013

ADAB HARI JUMAAT

ADAB HARI JUMAAT....

Sunat pada hari Jumaat itu membanyakkan membaca al Quran sayugianya bahawasanya menentukan pada hari Jumaat itu membaca Surah Al Kahfi kerana kelebihan membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya itu amat banyak.Dan setengah daripanya; Sesungguhnya telah meriwayatkan akan hadis Rasulullah SAW oleh Saidina Abdullah bin Abbas RA dan Saidina Abu Hurairah RA; Maksudnya:

Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya diberi akan dia:
Nur daripada tempat membaca akan dia hingga ke negeri Mekah
dan diampun baginya dosa daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lain dan dilebih darinya tiga hari
dan mengucap selawat yakni meminta ampun baginya oleh 70 000 malaikat hingga waktu Subuh 
DAN DISEMBUHKAN AKAN DIA DARIPADA SEGALA PENYAKIT
dan daripada penyakit 'dabilah' iaitu penyakit barah yang membengkak dan memecah di dalam perut
dan disembuhkan daripada penyakit yang di dalam lambung
dan daripada penyakit sopak
dan penyakit kusta
dan dilepaskan daripada fitnah ad Dajjal...

* Rujukan Hidayatus Salikin ( Syeikh Abus-Samad Al-Falimbani )
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

No comments:

Post a Comment