Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Thursday 29 November 2012

DOA SELEPAS SOLAT




Baca dalam bahasa kita pun indah juga.....


ALHAMDULLILLAAHI RABBIL’ AALAMIIN WASSOLAATU WASSALAAMU ‘ALAA SIYIDINAA MUHAMADIN ASYRAFIL MURSALIN, WA’ALAA AALIHI WASOHBIHI AJMAIN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala kepujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia pesuruhnya, serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.

Ya Allah wahai Tuhan kami, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam keadaan beriman.

Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku, dan cucurkanlah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana ia membelaku semasa aku masih kecil, dan ampunkanlah dosa semua orang-orang Islam lelaki dan perempuan dan semua orang yang beriman sama ada lelaki dan perempuan.

Ya Allah wahai Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhanku pusingkan imanku sesudah Tuhanku kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahkanlah kepadaku rahmat kerana bahawa sesungguhnya Tuhanku Maha Pengurnia.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada syak wasangka dan menyekutukanmu, daripada kufur tak percaya atau beriman pura-pura, dan aku mohon juga daripadamu perlindungan tidak baik budi pekerti, tak baik pandangan, tak baik keluargaku dan pada anak-anakku sekelian.

Ya Allah wahai Tuhan kami, panjangkanlah umurku, sihatkan tubuh badanku, terangkan hatiku, murahkan rezekiku, hampirkan diriku kepada kebaikan, sebaliknya jauhkan diriku kepada kejahatan, tunaikan segala hajatku mengenai urusan agama, dunia dan akhirat.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada kehilangan nikmat dan daripada tubuh badan yang tidak sihat dan daripada timpaan bala percubaan yang datang mengejut dan daripada kemurkaan Tuhanku.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganku daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, aku mohon perlindungan denganmu daripada kelemahan dan kemalasan, daripada perasaan takut dan kedekut, daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganmu daripada melampau-lampau mendapat bala, daripada berpanjangan mendapat kecelakaan dan tak baik kesudahan. Juga aku mohon perlindungan daripadamu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci aku ke atas kekecewaanku, dan aku mohon perlindunan juga daripada menghidapi penyakit dan hampa harapan.

Ya Allah wahai Tuhan kami, tidak kiranya hinggap terbeban satu dosa kepadaku melainkan semoga dikau ampuni. Tidak tertimpa akan daku walau apa juga kemudaratan melainkan semoga dikau hapuskan, tidak terhutang walau satu hutang melainkan semoga dikau menjelaskan, tidak timbul barang satu hajat dari diriku sama ada hajat yang mengenai hal-hal dunia atau akhirat melainkan semoga dikau tunaikan, mohon limpah rahmatmu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang memberi rahmat.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku mohon kepadamu segala sebab-sebab yang boleh menolong mendapatkan rahmatmu dan keampunanmu, terselamat daripada doa sebaiknya berbahagia mendapat syurga serta terselamat daripada neraka.

Ya Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dalam dunia ini dan juga didalam akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab neraka.

WASOLLALAAHU ‘ALAA SAIYIDINAA, MUHAMMAD, WA ‘ALAA AALIHII WASOHBIHII WASALLAM WALHAMDU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIN.
Barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabatnya sekelian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.


No comments:

Post a Comment