Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Sunday 29 July 2012

ASAL USUL SEMBAHYANG




SUBUH
ORANG YANG PERTAMA mengerjakan sembahyang SUBUH ialah NABI ADAM a.s. iaitu tatkala ia keluar dari Syurga lalu dihantar kebumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam pun bersembahyang 2 rakaat.
Rakaat Pertama : bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua : bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
ORANG YANG PERTAMA mengerjakan sembahyang ZOHOR ialah NABI IBRAHIM a.s. iaitu tatkala ALLAH s.w.t. telah memerintah kepadanya agar menyembelih anaknya NABI ISMAIL a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah NABI IBRAHIM 4 rakaat.
Rakaat Pertama : bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : bersyukur dan memohon akan keredaaan ALLAH.
Rakaat Keempat : bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibasy.

ASAR
ORANG YANG PERTAMA mengerjakan sembahyang ASAR ialah NABI YUNUS a.s. iaitu tatkala ia dikeluarkan oleh ALLAH s.w.t. dari perut ikan NUN, Ikan Nun telah memuntahkan NABI YUNUS ditepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu ASAR. Maka bersyukurlah NABI YUNUS lalu bersembahyang 4 rakaat kerana ia telah diselamatkan ALLAH dari 4 kegelapan.
Rakaat Pertama : kelam dari kesalahan.
Rakaat Kedua : kelam dari air laut.
Rakaat Ketiga : kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
ORANG YANG PERTAMA mengerjakan sembahyang MAGHRIB ialah NABI ISA a.s. iaitu tatkala ia dikeluarkan oleh ALLAH s.w.t. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah NABI ISA lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan.
Rakaat Pertama : untuk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH yang MAHA ESA.
Rakaat Kedua : untuk menafikan tuduhan dan tohmahan keatas ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu ALLAH jua tiada dua atau tiga.

ISYAK
ORANG YANG PERTAMA mengerjakan sembahyang ISHAK ialah NABI MUSA a.s. iaitu pada ketika itu NABI MUSA telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH s.w.t. menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu ISYAK yang akhir. Lalu sembahyanglah NABI MUSA empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : dukacita terhadap Isterinya.
Rakaat Kedua : dukacita terhadap saudaranya NABI HARUN.
Rakaat Ketiga : dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat : dukacita terhadap anak Firaun.

No comments:

Post a Comment