22 WAKTU MUSTAJAB DOA
Setiap amalan dalam
Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh
solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya’ sebelum subuh.
Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan
bulan Islam (tiga hari puasa).
Begitu juga berdo’a
kepada Allah s.w.t . Ada waktu-waktu mustajab do’a yang perlu kita
ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah
s.w.t. Menurut Ibn Atha’, do’a mempunyai beberapa rukun yang kuat
menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling
utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap do’a itu ialah
berdo’a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.
Terdapat 22 waktu
dimakbulkan do’a ialah :
1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah
pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu
mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).
2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.
3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah
al-Fatihah.
“Apabila
imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’
bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit
dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa
yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku
untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku
ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
7.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).
8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
9.Selesai solat fardu.
“Ditanya
kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda,
“Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat
Tirmizi).
10.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.
12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.
13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu
mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).
14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau
umrah.
“Orang
yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah
merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka
menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah
yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan
menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang
dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang
dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia
meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”
18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang
memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan
yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang
telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah
itu (Surah al-Naml ayat 62)
19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau
jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya
peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
(Hadis Riwayat Abu Daud)
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha.
melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau
menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang
baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis
Riwayat Muslim)
21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,
Marilah
sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga
dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan
meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia
dan akhirat.
(Dipetik
dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)
No comments:
Post a Comment