Kisah Perbualan Antara Allah Dan Jibril
A.S
Allah SWT
selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan
pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada
pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?.”
Lalu Allah swt berfirman
yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa,
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya
sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“
Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“
Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia
turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril,
kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”
MasyaAllah….kerana solat dua rakaat, imbalannya cukup
besar..adakah kita mahu melepaskan peluang itu?Begitu kasih dan besar rahmat
Allah pada hamba-hambaNya..beruntung bagi mereka yang menyucikan diri dan
rugilah bagi mereka yg mengotorinya….
Sayangnya Allah pada kita umat Nabi
Muhammad…Nabi Akhir Zaman….Nabi kesayangan kita…..
wallahualam…
petikan dari BLOG AMMAR
No comments:
Post a Comment