Di
Antara Tidur Yang Mendapat Pahala
Antara
sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1.
Sebelum dan selepas
tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2.
Jangan tidur menghadap
kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3.
Barangsiapa yang membaca
Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali,
Allahuakbar 33 kali.
4.
Baca 4 Qul (An-Nas,
Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)Â tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh
badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca
bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca
bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
5.
Niat untuk bangun
Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada
sihir dan buatan orang.
6.
Ambil wudhu’ sebelum
tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.
Maafkan semua kesalahan
manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur
boleh buka fail semula kalau mahu.
8.
Tidur cara Rasulullah
saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak
lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih
mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah
daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan
Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain
pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup
aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/
Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat
Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,
Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih
yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau
anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :
Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur
sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk
berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci
dirinya sendiri.
Islam
mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan
dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan
menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi
seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2
dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik
gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk
sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur
anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan
perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja
tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu .
Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun
menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik
sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang
telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara
yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik.
Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar,
berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah
S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika
ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih
dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya
menghadap ke kiblat.
Rasulullah
S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan
kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke
seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda
ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda
juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat
di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan
diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah
terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah
kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah
yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan
dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan
otot-otot badan.
~kongsikan
bersama =)
Petikan dari Blog Ammar
No comments:
Post a Comment