Kematian adalah sesuatu yang penting, kenapa penting?
Kerana Kematian hanya terjadi sekali dan merupakan batas
terputusnya amal seorang manusia (kecuali yang tiga).
Namun begitu, masih banyak sekali manusia yang belum paham
tentang pentingnya artinya kematian.
Masih banyak orang yang belum berusaha untuk memenuhi amalnya
untuk persiapan kematianya.
Sudahkah amal anda cukup untuk hari kematian nanti?
Andai kau tahu jika hari ini adalah hari terakhirmu, inikah yang
akan segera kau lakukan ?
- Segera bertaubat Nasuha kepada Allah dan segera memperbaiki diri
- Segera membersihkan Rumah dari segala sesuatu yang bisa membawa keburukan
- Segera membayar hutang kepada orang yang berhak menerimanya
- Segera memberikan wasiat-wasiat yang baik kepada sanak keluarga
- Segera meminta maaf kepada siapa saja yang pernah engkau sakiti dan dzalimi
- Segera membaca Al-Quran dengan penuh khusuk setelah selama ini jauh darinya
- Segera mengambil Wudlu dan menunaikan sholat dengan penuh kekhusukan dan berharap agar taubatmu diterima
- Segera berdoa penuh harap agar diampuni dosa-dosamu
- Segera memperbanyak dzikir kepada Allah
- Segera melakukan berbagai amal baik untuk mengharap Redho Allah
- Segera memperbaiki amal dan berusaha menjauhi dosa
Jika begitu, kenapa tidak kau lakukan semua itu hari ini, Mungkin
hari ini adalah heri terakhirmu !
Tanda-Tanda Kematian
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana
jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa
yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita
Iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
Sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah
SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah
yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita
dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT
yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa
tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada
doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan
Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga
kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa
yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan
diberkati
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk
hari kemudian kita.
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita
semua.
Insyallah…. mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah
sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah
betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada
diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga.
Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.
27.11.2012 - Innalillah... Pak Shan telah pergi menemui Ilahi, semoga Roh nya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dikasihi Allah. Pak Shan memang seorang bapa saudara yang baik.... Al-Fatehah
ReplyDelete