Menurut kajian sains,
kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas
ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda.
Jika anda mandi
sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran
dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1)
Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water
heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.
selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi
menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga
dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
2) Melancarkan peredaran
darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih
sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa
rasa letih.
3) Meningkatkan
kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif
apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron
pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4) Mengurangkan risiko
darah tinggiuntuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini
merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH,
dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5) Mengurangkan tekanan
serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah
lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik
unttk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum
subuh.
6) Meningkatkan sel
darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di
dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti
dengan sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment