Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Sebelum Intan Tidur.... Intan selalu nak ingatkan diri Intan dan semua orang sekeliling Intan....

Ini adalah LUAHAN HATI dan koleksi Tazkirah.... Semoga BILA INTAN TERUS TIDUR... Blog ini menjadi Tanda Kasih Sayang Intan pada semua orang yang Intan sayang...

Semua Tazkirah ini Intan kumpul sejak dari mula-mula Intan ada Facebook dan baca dari Blog-blog yang terdapat dalam internet. Semoga kita berkongsi bersama segala kebaikan dan ilmu ini....


2018 intan mula dengan luahan hati. Setelah Habibi pergi, banyak yang ingin intan luahkan. Supaya terlerai sesak dada ini.

Terima Kasih buat arwah Habibi Tersayang dan Anakanda yang Dikasihi serta Meow-meow yang tak jemu menemani mamamu ini….. ;)

Wednesday 31 October 2012

11 AMALAN MURAH REZEKI


Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu:-



1. Bertakwa kepada Allah.

Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud:

Dan (Tuhan berfirman lagi): “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”


2. Banyakkan Doa.

Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.

Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.

3. Banyakkan Sedekah.

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.

4. Buat Baik kepada Ibu Bapa.

Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka.

Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

5. Banyakkan istighfar.

Minta ampunkan dosa sendiri. Pperkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

6. Solat Dhuha.

Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat.

Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah.

Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-Haiwan.

Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini.

Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang.

Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim.

Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.

Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” – (HR Bukhari)

11. Membayar Zakat.

Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t.

Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Saturday 20 October 2012

SIFAT LEMAH LEMBUT....


Thursday 18 October 2012

GOLONGAN YANG DIBENCI


Wednesday 10 October 2012

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP


Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


Petikan : TETAPKAN HATIKU PADAMU YA ALLAH

Monday 8 October 2012

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.    Al-Muawwizat
ii.   Ayatul Kursi
iii.   Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.  Ayat Berkubu
v.   Ayat Penggerak


1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG) 
BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas





 CARA
1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai 
      (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga 
      habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu 
      tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh 
      dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh 
      setiap hari


2.0  AYATUL KURSI 

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)


CARA
1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.    Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul 
       kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf 
       kaabah, dengan niat melindung diri.
3.    Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil 
       berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan 
       seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam 
       atau diluar rumah.


3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

  


        Terjemahan:
(1) Yaa Siin. 
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, 
(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, 
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, 
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha 
     Perkasa lagi Maha Penyayang, 
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang 
     bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, 
     karena itu mereka lalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan 
     Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka 
     tidak beriman. 
(8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher 
     mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka 
     karena itu mereka tertengadah. 
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di 
     belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (mata) 
     mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA
1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.   Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah 
      sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu 
      lagi iaitu dikiri rumah. Baca surahAl-fatihah diikuti Surah 
      Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju 
      kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). 
      Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai 
      bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali. 
      Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat 
      mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU 

BACAAN



Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1.   Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini 
      kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil 
      menoleh kanan ke kiri.
2.   Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), 
      Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke 
      hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.   Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup 
      kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup 
      kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian 
      tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh 
      kemudian hembus.


5.0  AYAT PENGERAK 

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau 
      merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau 
      hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau 
      pulang kerumah daripada melakukan sesuatu 
      perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika 
      membaca ayat ini,berehat dahulu. Setelah berehat baca 
      lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan 
      perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Petikan dari http://www.darussyifa.org 

Friday 5 October 2012

"SubhanALLAHi wabihamdih"



Sabda Rasulullah S.A.W. : "Barangsiapa membaca "SubhanALLAHi wabihamdih" 100 kali setiap hari nya, maka berjatuhan dosa-dosa nya walau sebanyak buih dilautan." (Shahih Bukhari)

KETIKA KITA SEDIH......


Thursday 4 October 2012

KETIKA ALLAH RINDUKAN HAMBANYA.....



Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah, Ayat 214 bermaksud;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).