Sebelum INTAN TIDUR (2)
Malam ini dah tiga minggu berlalu.
Ada sedikit kekuatan untuk aku luahkan disini.
Hidup dengan satu kaki memang payah dan aku rasa amat menyusahkan kerana aku perlukan bantuan orang keliling. Adik aku, Ida dan anak saudara aku Fasya bagai tunggak utama yang menggerakkan aku setiap hari. Anak Shuk, menantu Fifi, adik Mazli, Iz, adik Ipar dan saudara mara yang terdekat adalah semangat untuk aku terus berjuang dalam hidup ini.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati orang sekelilingku ini.
KEPUTUSAN ini aku yang buat tanpa dipengaruhi siapa² dan mana² pihak. Sakit yang aku tanggung hanya ALLAH yang tau. Rasa bagai nak putus nyawa dari badan. Drastiknya keputusan ini. Membuang satu kaki bukan beerti aku membencinya tetapi aku sayangkan dia. Aku simpan dan biar dia tunggu aku disana. Dia sakit, aku yang tau tu....
Aku mohon ALLAH ampunkan dosaku dan dosa kaki ku itu. Lama dia berkhidmat untuk aku. Aku tidak pernah lupa jasa baiknya...
Rehat disana dulu ye, tunggu aku. Kita akan bersatu disana. Kaki KANAN ku....
Ikhsan Untuk Intan.....
IMARA 1895 ENT
CIMB 8604313928
No comments:
Post a Comment