Ahad
26 Rabiulakhir 1439H
14 Jan 18
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hadis Rasullullah SAW
MELAMPAU DALAM BERDUKA
Hadis dan huraian
Riwayat: Bukhari
Dari Abu Musa r.a katanya: Saya berlepas daripada orang yang Rasulullah berlepas diri daripadanya. Rasulullah saw berlepas diri daripada orang-orang yang berkabung dengan berteriak-teriak, mencukur kepala dan mengoyak-ngoyak baju.
Islam mengharamkan setiap muslim mengikuti tradisi jahiliah yang apabila ditimpa masalah kematian contohnya, mereka meratap, berteriak secara berlebih-lebihan dan melahirkan kedukaan yang melampau-lampau. Sebaliknya Islam mengajar ummatnya, bahawa kematian itu hanyalah perpisahan sementara, bukan musnah sama sekali kerana manusia bakal dibangkitkan semula di hari akhirat kelak. Sedangkan tangisan itu sama sekali tidak dapat menghidupkan orang yang sudah mati dan tidak juga dapat menolak takdir Allah. Oleh sebab itu, setiap muslim harus menerima sesuatu kematian itu sebagaimana halnya menerima musibah, iaitu harus banyak bersabar, mengawal perasaan dan memohon keredhaan Allah serta mengambil pengajaran daripadanya di samping mengharapkan pertemuan abadi di akhirat kelak. Kita juga digalakkan mengulang-ulang menyebut kalimah ˜inna lillah wainna ilaihi raaji'un' yang bermaksud: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali.
Tazkirah
SIFAT PARA MALAIKAT YANG PATUT KITA CONTOHI DALAM PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT
وَمَنۡ عِندَهُ ۥ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِهَِ
" dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya"
Surah Al-Anbiya ayat 19
*آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن*
No comments:
Post a Comment