Solat Sunat Wuduk
Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan
untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat.
Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’. Jika
kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu
solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat
Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan
solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu
mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana
Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah;
Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
“Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang
telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di
syurga?” Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan
yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis
bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu
bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan
kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.” (Muttafaq
‘alaih)
CARA MENGERJAKAN SOLAT
WUDUK
- Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
- Lafaz dan niatnya ialah:
- Bacaan surah selepas Fatihah:
o Rakaat pertama:
Surah Al-Ikhlas
o
Rakaat kedua: Surah An-Nas
KEUTAMAAN
SOLAT SUNAT WUDUK
Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana
yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):
1. Diampunkan
Dosa-Dosa Lampau
‘Uthman
menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
مَنْ
تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا
نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua
rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni
mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan
kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
مَا
مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
“Tidaklah seorang Muslim
berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan
menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya
syurga.”
.
No comments:
Post a Comment