Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
1.
Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2.
Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3.
Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4.
Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya
dari seksaan itu.
5.
Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.
6.
Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap
kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG
SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7.
Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di
dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang
- benderang.
8.
Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka
menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka
dengannya.
9.
Aku melihat umatku sedang
menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
Petikan dari Blog Tok Wan
No comments:
Post a Comment