Santapan Minda

Monday, 24 December 2012

DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR


DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR





Sabda Rasulullah s.a.w. Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, hendaklah kamu berdoa memohon perlindungan kepada Allah terhadap empat perkara : Berlindung daripada azab jahannam, daripada azab kubur, daripada ujian hidup dan mati; serta berlindung daripada kejahatan al-masih ad-dajjal. (HR Muslim)...
Dalam riwayat lain :
Apabila kamu selesai bertasyahhud, hendaklah memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara, baginda membaca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab jahannam, dan daripada azab kubur, dan daripada fitnah hidup dan mati, dan daripada keburukan fitnah masih ad-dajjal. (HR al-Bukhari dan Muslim)...

Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW berdoa di dalam solat :

”اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسيحِ الدَّجَّال، وأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ، اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ من المأثمِ والمَغْرَمِ”

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah masih ad-dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada hambatan dosa dan hutang. (HR al-Bukhari dan Muslim)...

Daripada Ali RA, katanya : Rasulullah SAW, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :

”اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ما قَدَّمْتُ وَمَا أخَّرْتُ، وَمَا أسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أسْرَفْتُ وَمَا أنْتَ أعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أنْتَ المُقَدِّمُ وأنْتَ المُؤَخِّرُ لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ”

Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau. (HR Muslim)....

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, daripada Abu Bakar as-Siddiq RA : Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW :
Ajarlah kepadaku satu doa, yang aku akan berdoa di dalam solatku. Baginda menjawab :

”قُلِ اللَّهُمَّ إني ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحمْنِي إنَّك أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيم”

Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak; oleh itu tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan dariMu, rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (HR al-Bukhari dan Muslim)....

jika solat sunat tasbih;-

Doa masyhur sepertimana yang diterangkan oleh Imam Kurdi dan Syarqawi di dalam kitab Fath al-
Allam selepas tahiyat akhir dan sebelum salam ialah:



Ertinya: Ya Allah! Kami bermohon dariMu taufiq seperti golongan yang mendapat pertunjuk, ibadat golongan yang yakin, ketulusan golongan yang bertaubat, keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan golongan yang tekun, peribadatan golongan yang wara, kebijaksanaan golongan yang berilmu sehingga kami menjadi takut kepadamu.

Ya Allah! Kami bermohon kepadaMu sifat takut yang akan menjadikan benteng dari berbuat maksiat kepadaMu, (kami bermohon kepadaMu) amalan yang dengannya kami mendapat keredhaanmu sehingga (menjadikan) kami dapat beramal dengan penuh ketaatan, (kami bermohon) rasa takut kepadaMu sehingga (menjadikan) kami memohon nasihat kepadaMu di dalam taubat, (kami bermohon) rasa cinta kepadaMu sehingga (menjadikan) kami ikhlas kepadaMu dalam meminta nasihat, (kami bermohon) bersangka baik kepadaMu Tuhan yang Maha Suci pencipta nur (cahaya) sehingga (menjadikan) kami bertawakkal kepadaMu di dalam setiap urusan.

Di dalam riwayat yang lain ada juga yang menambah dengan doa ini:


Ertinya: Wahai Tuhan kami sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihi.

Doa ini dilakukan setiap kali sebelum salam, jika melakukan sembahyang sunat Tasbih ini setiap dua rakaat sekali salam hendaklah membaca doa ini dua kali iaitu setiap kali sebelum memberi salam, dan jika dilakukan dengan empat rakaat sekali salam hendaklah membaca doa ini sekali sahaja. Sepertimana perkataan Syabramillisi: Doa ini dibaca sekali jika melakukan sembahyang sunat Tasbih dengan sekali takbiratul ihram dan dibaca doa ini dua kali jika melakukannya dengan dua kali takbiratul ihram.


1 comment:

  1. doa yg terakhir bidah tidak ada dalam hadits

    ReplyDelete